Wednesday, March 28, 2012

Wakaf Buku Iqro'

Kami masih memerlukannya sumbangan Wakaf Buku Iqra'...ini kerana banyak lagi sekolah-sekolah yang masih memerlukannya dan belum mencukupi..

Sumbangan anda amat-amat kami hargai...

sehingga ke hari ni sudah terkumpul 2069 naskah buku....dan semoga ia akan bertambah lagi sehingga ke tarikh akhir.

sebarang pertanyaan boleh hubungi

03 8739 5871 Pejabat
actmy.care@gmail.com

terima kasih..

Friday, March 23, 2012

STATUS

Maksud Hadith:
"Barang siapa yang menunjukkan satu kebaikan dia akan medapat pahala yang sama dengan si pembuatnya".

PROGRAM WAKAF BUKU IQRO'

Thursday, March 22, 2012

Jom..kita buat Wakaf Buku Iqro'

Alhamdulillah sehingga ke hari ini sudah terkumpul 1723 set naskah buku Iqro', Syukur...
terima kasih kepada semua yang telah menyumbang bagi program ini.

CUKUP?....masih belum mencukupi lagi sebenarnya.....sebab banyak lagi yang memerlukannya.

Sumbangan bagi program ini masih di alu-alukan.

berikut di sertakan maklumat yang terperinci

Nama Bank : Maybank
No Akaun : 562142713126
Email: actmy.care@gmail.com
Tel: 03 8739 5871, 019 214 9345 / 019 374 4208
Fax: 03 8739 5872

Wednesday, March 14, 2012

Wakaf Buku Iqro'

Alhamdulillah,,,bermula dari 50 set pada permulaan,,,kini sudah 889 set naskah yang telah diwakafkan. Hanya dalam tempoh 2 hari sahaja..Masya Allah,,terima kasih semua yang menyokong program ini.
CUKUP?...InsyaAllah masih belum cukup lagi, sebab banyak lagi yang memerlukannya.
Sumbangan masih di alu-alukan lagi. InsyaAllah.

Terima kasih semua

Syukran

Tuesday, March 13, 2012

JOM WAQAF BUKU IQRO’

KEMPEN WAQAF BUKU IQRO’


Ustazah di Kg. Tasoe, Kemboja

Kempen kita kali ini mudah sahaja tetapi mudah-mudahan mendapat sambutan yang sangat baik seperti projek-projek sebelumnya.

Kali ini kami mengajak kawan-kawan MEWAQAFKAN BUKU IQRO’ untuk anak-anak di Kemboja dan Mindanao . Kaedah IQRO’ ini memang sudah diiktiraf di Malaysia dan Indonesia sebagai kaedah yang paling berkesan dalam mengajar asas membaca Al-Quran kepada kanak-kanak.

Untuk berkongsi sedikit motivasi, izinkan saya berkongsi beberapa hadis tentang hal ini. Ya, memang besar pahalanya bagi orang-orang yang belajar dan membaca Al-Quran kerana berdasarkan hadis-hadis ini:

(1) “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan yang mengajarkannya “ (HR Bukhari)
(2) “Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (
آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“(HR Bukhari)

(3) “Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “ (Muttafaq alaih)


DAN INI BAHAGIAN KITA PULA, InsyaAllah…

Barangsiapa yang menunjukkan/mengajarkan suatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama sepertimana orang yang melakukannya (mengikutinya). (HR Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).

Keadaan Pembelajaran di sana ketika ini.

Kemboja: Rata-rata guru menggunakan kaedah tradisional menggunakan muqaddam seperti kita dahulu. Pada bulan Februari 2012 yang lalu saya menziarahi sebuat sekolah agama rakyat di Kg. Tasoe (Kampung Cham). Kata ustazah yang mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak di situ, kaedah lama ini ternyata kurang berkesan dan susah nak menilai samada kanak-kanak tu sebenarnya faham atau tidak pengajaran beliau. Rata-rata ustaz-ustaz di sana mahukan kalau boleh sistem pengajaran ditukar kepada cara IQRA’, cuma mereka perlukan buku-bukunya.

Mindanao: Keadaannya juga sama. Sudahlah buku yang ada ala kadar sahaja, tempat pembelajaran pula di kebanyakan tempat terlalu kurang selesa (lihat foto). Buku IQRO' ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar walaupun keadaan mereka serba kedhaifan.


"Kelas" di sebuah maahad di Mindanao


Mari sama-sama waqafkan buku IQRA untuk membangunkan ummah dan sebagai saham amal soleh kita yang berterusan apabila kita sudah meninggalkan dunia ini nanti..… ameen.

BERAPA SASARANNYA? InsyaAllah kita target 300 untuk Mindanao dan 300 untuk Kemboja.

BERAPA YANG SUDAH DICAPAI SETAKAT INI? Sudah 50!

Alhamdulillah baru sahaja dilancarkan pagi tadi, ada kawan nak jadi pemangkin kepada yang lain jadi dia terus mewaqafkan 50 buah, masyaAllah! Katanya moga-moga ramai yang lain akan bersemangat mengikut jejak langkahnya.

BILA TARIKH AKHIR PROGRAM? insyaAllah kita target 1 Mei, 2012.

BERAPA BANYAK ATAU NILAI YANG HARUS SAYA WAQAF?

Hanya RM12 untuk satu buku IQRO' versi berwarna (Jilid 1-6 lengkap).

Berapa-berapa pun boleh diwaqafkan... 1,2... atau lebih :-)

Lebih banyak waqafnya dari anda tentulah lebih baik insyaAllah.

Kos RM12 ini termasuk kos untuk kos penghantaran ke sekolah-sekolah berkenaan.

NOMBOR AKAUN MAYBANK: 562142713126.

PENAMA AKAUN: ACTION CARING TEAM (M) BERHAD

Setelah bank-in harap sms ke 019-2149345/019-3744208, atau maklumkan ke e-mail actmy.care@gmail.com,

dan harap beri maklumat peribadi untuk tujuan pengresitan.

Semuga Allah SWT memberkati dan menerima segala amal soleh kita dan menjadikannya satu amal yang memberi pahala yang berterusan…. ameen.

Wassalamu 'alaikum warahmatullah~

“Sedekah itu akan menjadi penghalang kepada sesuatu bencana"

(Maksud Hadith)

Datu Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my